Pada 8-9 Mac yang lalu, Kelab Remaja Mukmin telah menganjurkan program, Kem Mutiara Iman 2009 buat julung-julung kalinya. Bertemakan “Remaja Mukmin Harapan Ummah”, program tersebut telah diadakan di Kem El-Azzhar, Morib dan telah disertai seramai 36 orang peserta remaja.
Program perkhemahan yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini bertujuan untuk mengajak para remaja mengikuti program yang ringkas tetapi padat kepada kefahaman, kesedaran dan menghayati cara kehidupan muslim dan mukmin yang diredai Allah s.w.t. dalam suasana persabatan yang harmoni, ceria, serta berlandaskan ajaran Islam.
Program ini juga diselitkan dengan aktiviti riadhah dan permainan dengan tujuan untuk pemantapan jatidiri seperti disiplin, kerjasama berpasukan, iltizam dan bersemangat waja seperti :
i. Aktiviti sukan futsal.
ii. Aktiviti berakit.
iii. Aktiviti sea trekking.
Perjalanan program ini juga dikendalikan oleh petugas mahir dan berdedikasi tinggi.
No comments:
Post a Comment