OBJEKTIF PROGRAM

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang mengurniakan segala kebaikan dan rahmat kepada hambaNya yang benar-benar beriman dan beramal saleh .

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pembawa berita gembira akan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kepada mereka yang patuh dan tunduk kepada ajaranNya serta nasihat, teguran dan ancaman kepada mereka yang ingkar dan lalai terhadap ajaranNya.

Kem Mutiara Iman ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengajak remaja lelaki dan perempuan mengikuti program yang ringkas tetapi padat kepada kefahaman, kesedaran dan menghayati cara kehidupan muslim dan mukmin yang diredai Allah s.w.t. dalam suasana persabatan yang harmoni, ceria, serta berlandaskan ajaran Islam. 

PENGISIAN PROGRAM

1. Kuliah:

 a. Tujuan hidup.
 b. Menghayati cara hidup Islam.
 c. Beriman & kehidupan.
 d. Tanggungjawab pelajar / pemuda-pemudi dalam menuntut ilmu.

2. Latihan Ibadah:

 a. Solat fardhu & berjemaah.
 b. Halaqah Al-Qur'an.
 c. Qiamullail.

3. Riadhah:

 a. Aktiviti dalam dewan.
 b. Aktiviti luar dewan.

Monday, July 13, 2009

Sunday, June 28, 2009

KEM MUTIARA IMAN SIRI I 2009

Pada 8-9 Mac yang lalu, Kelab Remaja Mukmin telah menganjurkan program, Kem Mutiara Iman 2009 buat julung-julung kalinya. Bertemakan “Remaja Mukmin Harapan Ummah”, program tersebut telah diadakan di Kem El-Azzhar, Morib dan telah disertai seramai 36 orang peserta remaja.


Program perkhemahan yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini bertujuan untuk mengajak para remaja mengikuti program yang ringkas tetapi padat kepada kefahaman, kesedaran dan menghayati cara kehidupan muslim dan mukmin yang diredai Allah s.w.t. dalam suasana persabatan yang harmoni, ceria, serta berlandaskan ajaran Islam.

Program ini juga diselitkan dengan aktiviti riadhah dan permainan dengan tujuan untuk pemantapan jatidiri seperti disiplin, kerjasama berpasukan, iltizam dan bersemangat waja seperti :

i. Aktiviti sukan futsal.

ii. Aktiviti berakit.

iii. Aktiviti sea trekking.

iv. Aktiviti mengenali ciptaan Allah dan sebagainya.

Perjalanan program ini juga dikendalikan oleh petugas mahir dan berdedikasi tinggi.